Profil Jabatan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang mula beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat milik Jabatan Kerja Raya dan di tempatkan di tingkat satu.Pejabat tersebut telah diduduki mulai tahun 1954 sehingga 1988 dan beralamat di Jalan Farquhar, Pulau Pinang
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulai Pinang telah di wujudkan di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) . Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri telah berpindah ke bangunan ini pada tahun 1998 dan beroperasi di tingkat 20.
Jabatan telah mendapat pertambahan dari segi kakitangan dan ruang sedia ada semakin terhad. Pihak pentadbiran telah berusaha mendapatkan ruang pejabat yang lebih selesa dan akhirnya JKMN Pulau Pinang telah berpindah ke tingkat 35 pada tahun 2018 sehingga kini.