Sekolah Tunas Bakti Teluk Ayer Tawar
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan dibawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi:
- Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
- Kanak-kanak yang tidak terkawal
Objektif
Untuk mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan diri dengan keterampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.
Kemasukan
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dibawah Akta Kanak-Kanak 2001
Tempoh Pemulihan
Selama tiga tahun, tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh setelah melebihi setahun dengan kelulusan daripada Lembaga Pelawat.