Perutusan Pengarah
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka terlaksanalah laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam menyiapkan dan membaikpulih laman web jabatan ini dalam masa yang begitu singkat.
Objektif utama laman web ini diadakan untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan pihak JKM secara terus, cepat dan tepat. Ia juga merupakan salah satu cara dan strategi jabatan untuk mempertingkatkan dan memantapkan perkhidmatan JKM kepada kumpulan sasar dan orang ramai, sekaligus setiap perkhidmatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, berkualiti dan berterusan.
Melalui laman web ini juga, pengguna dapat memperolehi maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan kepada kumpulan sasar jabatan,komuniti dan masyarakat. Laman ini juga di harapkan dapat memberikan informasi berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dengan lebih cepat dan tepat.
Akhir sekali, saya berharap semoga maklumat di dalam laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.Sekalung penghargaan juga kepada semua jawatakuasa yang terlibat dalam menyiapkan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.