Rumah Kanak-Kanak
Pengenalan
Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.
Kategori Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang :
- kematian ibu/bapa
- ibu / bapa sedang menerima rawatan
- terbiar dan ditinggalkan oleh ibu / bapa
- ibu / bapa dalam penjara / tahanan
- terseksa / teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
- memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi
Kemasukan
Mereka semua dimasukkan ke Rumah Kanak - kanak untuk tempoh 3 tahun atau 18 tahun mana yang lebih pendek melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak - kanak 2001.
Lembaga Pelawat RKK
Ahli dan Pengerusi Lembaga Pelawat dilantik oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Peraturan - Peraturan Kanak - Kanak (Tempat Selamat) 2007
Tugas-tugas Lembaga Pelawat:
- menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
- mengurus sumbangan dan derma orang ramai
- membantu memantau pentadbiran institusi demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak
RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.
Senarai Rumah Kanak-Kanak
Rumah Kanak-Kanak, Taman Bakti, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang Tel : 04-5751214 |
Rumah Kanak-Kanak, Tengku Budriah, Bt.4 Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-91318439 |
Rumah Kanak-Kanak,
|
Rumah Budak Laki-Laki, Tun Abdul Aziz, Durian Daun, 75400 Melaka Tel : 06-2834149 |
Pusat Perkembangan
Kemahiran Kebangsaan, 48200 Serendah, Selangor Tel : 03-60811289
|
Rumah kanak-Kanak Arau
Jalan Guar nangka
02600 arau
Perlis
Tel : 04-9861721
|
Rumah Kanak-kanak Kuching
KM 19, Jalan Kuching serian,
Peti Surat 3293
93250 Kuching
Sarawak
Tel : 06-6851231
|
Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu
Jalan Highway Papar, Kota Kinabalu,
Kg. Beringgis
Peti Surat 470,
89608 Papar
Sabah
Tel : 088-755537
|
Rumah Kanak-Kanak Sultan
Abdul Aziz
Jalan Ipoh
33000 Kuala Kangsar
Perak
Tel : 05-7761137
|
Rumah Kanak-Kanak Rembau
71300 Negeri Sembilan
Tel : 06-6851231
|
|
|