Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Berita Terkini

Majlis Apresiasi JKMNPP 2018

Majlis Apresiasi JKM  Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan secara sederhana tetapi meriah bagi menghargai warga kerja JKM keseluruhanya seramai 600 jemputan yang terdiri daripada Kakitangan JKM, warga PPDK, Sukarelawan JKM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JKMN Kelantan, Pengarah JPOKU, serta Bahagian Kank-Kanak JKM Putrajaya dimana digabungkan dalam Bicara Eksekutif. Objektifnya adalah bagi menerangkan hala tuju JKM pada tahun 2019. Majlis ini juga telah berlangsung penyampaian anugerah buat warga kerja JKMNPP yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang terbaik daripada terbaik sepanjang 2018. Tahniah buat Penerima Anugerah.

Latih Amal Bencana JKM

 

Program simulasi ini telah dilaksanakan bagi memantapkan pengetahuan pegawai dan sukarelawan dalam menghadapi bencana

 

 

Program Breaking Barriers JKMNPP

Program JKMNPP ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan JKMNPP seramai 60 org telah dilaksanakan di Taman Botani Pulau Pinang. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kebersamaan dan kejelikitan semua anggota JKMNPP. Semoga menjadi asbab kpd peningkatan perkhidmatan yang lebih positif.

PROGRAM KEPIMPINAN PASUKAN 'BE XTRAORDINARY'

PROGRAM KEPIMPINAN PASUKAN 'BE XTRAORDINARY' pada 12-13 September di Taman Botani Pulau Pinang. Penyertaan adalah Pengarah JKMNPP, Ketua bhgn, Ketua Caw, Peg2 Keb Masy Daerah, Ketua2 Institusi dan timbalannya di JKMNPP. Pengisian program ialah:
1. Perbincagan isu-isu stres, Anxiety dan Depression di kalagan kakitangan Jkmnpp dan pembetangan saringan DASS
2. Perbincangan isu-isu kakitangan mengikut Kod Etika JKMNPP
3. Review tentang penampilan diri dan sesi team building. Penceramah dan fasilitator serta urusetia adalah dlm kalangan ppsi dan pppsi JKMNPP serta staf BPK JKMNPP.
Tujuan mengadakan program ini adakah utk memantapkan pasukan dan meningkatkan sensitiviti terhadap isu-isu serta penjagaan kesihatan mental di kalangan warga organisasi JKMNPP.

Hari Bertemu Pelanggan JKMNPP

Hari Bertemu Pelanggan JKM Pulau Pinang telah diadakan pada 23 Julai 2018 dan telah dilaksanakan di Sekolah Tunas Bakti Teluk air Tawar. Program ini telah dihadiri terdiri daripada Adun-Adun bagi negeri Pulau Pinang, Kumpulan sasar Jabatan seperti OKU, Kanak-Kanak dan Warga Emas. Turut berlangsung sepanjang Program adalah Pameran Perkhidmatan Jabatan dan Pertandingan Talent Time.

  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj