Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Soalan Lazim

Kes Keganasan Rumah Tangga

 

                                                   Apakah erti keganasan rumahtangga ?

 

 

  • Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan

  • Mencederakan secara fizikal

  • Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual

  • Mengurung / menahan tanpa kerelaan

  • Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.

 

 

 

                           Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan 
                           rumahtangga ?

 


Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:

 

  • Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran

  • Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040

  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan

 

 

 

          Dimanakah tempat selamat bagi kes keganasan rumahtangga (AKRT 1994), 
          Senarai Institusi JKMM (Diluluskan oleh YB Menteri KPWKM pada 
          15 Januari 2007)

 

  • Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah

  • Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Perak

  • Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor

  • Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor

  • Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan

  • Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan

  • Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

  • Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor

  • Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor

  • Taman Sinar Harapan Jubli, Johor

  • Rumah Ehsan, Dungun, Terengganu

 

Perkhidmatan Kemasukan Ke Rumah Seri Kenangan

                              Apakah cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Orang Tua ?

 

  • Permohonan kemasukan ke Rumah Orang Tua boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan di mana pemohon tinggal

  • Setiap permohonan kemasukan disiasat terlebih dahulu oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berkenaan dan laporan siasatan akan dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk ulasan dan sokongan

  • Laporan tersebut akan dimajukan untuk kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983

  • Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memaklumkan keputusan kepada pemohon

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

 

Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar
dengan JKM ?

 

Sebab utama adalah seperti berikut:

 

  •  

Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.

  •  

Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

  •  

Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.

  •  

Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

  •  

Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.

  •  

Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

Perkhidmatan Bantuan Kewangan

             Apakah bantuan-bantuan kewangan yang disediakan kepada 
             golongan miskin atau berkeperluan yang memohon dengan JKM ?


JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan.

Skim Bantuan Am Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.

Skim Bantuan Persekutuan – seragam di seluruh negara. Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Penyaraan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantua Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan dan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Di bawah Skim Bantuan Am Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) juga terdapat bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.

Perkhidmatan Pemulihan Akhlak

 

              Apakah Prosedur kemasukan ke Pusat Pemulihan ?


Prosedur pertama ialah dengan mendapat arahan atau perintah dari Mahkamah.
Prosedur kedua ialah dengan secara sukarela.

 

          Apakah bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Pemulihan ?


Kemahiran yang berbentuk bengkel Motor dan Pertanian

 

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pegawai Akhlak sekiranya kanak-kanak yang telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan lari beberapa kali dari pusat tersebut ?


Pegawai Akhlak hendaklah menasihati ibubapa kanak-kanak supaya berbincang dengan pihak Institusi dan memberitahu kesan ke atas kanak-kanak dan ibubapa sekiranya cuba menyembunyikan kanak-kanak tersebut.

Perkhidmatan yang akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak bermasalah

Perkhidmatan kaunseling
Memasukkan kanak-kanak ke Institusi Kebajikan untuk proses pemulihan (sebagai jalan terakhir sekiranya tiada alternatif lain).

Apakah perbezaan di antara Asrama Akhlak dengan Sekolah Tunas Bakti ?


Asrama Akhlak merupakan satu tempat sebagai percubaan dalam memulihkan akhlak kanak-kanak yang diperintahkan selama 1 tahun manakala Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat yang tetap selama 3 tahun.

 

              Apakah perbezaan di antara Sekolah Tunas Bakti dengan 
              Taman Seri Puteri ?


Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat Institusi yang menempatkan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak terkawal lelaki dan perempuan dan yang telah melakukan kesalahan jenayah manakala Taman Seri Puteri merupakan Institusi yang hanya menempatkan gadis-gadis berumur bawah 18 tahun yang lebih cenderung kepada pelacuran.



  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj