Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Soalan Lazim

Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM

Bagaimanakah caranya untuk memasukkan kanak-kanak tidak terkawal (beyond parental control) atau nakal ke Institusi Pemulihan JKM?

Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:

Memerintahkan kanak-kanak diletak dalam Pengawasan Pegawai Akhlak dalam tempoh tertentu. Satu hingga tiga tahun. Boleh juga mengenakan syarat tinggal di Asrama Akhlak tidak lebih satu tahun. Selepas tinggal di asrama kanak-kanak akan diawasi selama tempoh baki Perintah Pengawasan yang ada. Jika kanak-kanak masih mengulangi tingkah laku negatif, boleh dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun. Selepas keluar dari institusi pulang ke pangkuan keluarga, kanak-kanak masih diselia oleh Pegawai Akhlak selama satu tahun. Jika melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikembalikan semula ke institusi.

Program Pemulihan Dalam komuniti (PDK)

Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam 
program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ?

  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan 
    pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti
     
    setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
     
    Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara
     
    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh
     
    ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang
     
    berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan
     
    dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).
     
    Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan
     
    diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran.
     
    Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK
     
    bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea
    dan lain-lain.

Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK ?

  • Bagi ibubapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK 
    perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
     
    Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal
     
    kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun,
     
    kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun
     
    telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan
     
    dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Kerja Kesukarelaan

Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela ?

  • Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.

  • Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri.

  • Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain.

  • Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.

Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM ?

Pertubuhan Sukarela Kebajikan boleh memohon bantuan daripada JKM mengikut kriteria
 kelayakan berikut: 

  • Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

  • Pertubuhan bertaraf tempatan.

  • Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.

  • Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan.

  • Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian

Penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan

Bagaimanakah proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan?

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:

  • Kelulusan tiga agensi teknikal terkini / masih sah tempoh lakunya.

  • Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter)

  • Senarai menu mingguan

  • Senarai aktiviti mingguan

  • Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan)

  • Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan

  • Senarai aktiviti bersama ibubapa

  • Wang Pos / Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.

Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos / kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja

Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat

Siapakah Kumpulan Sasar?

  • Pesalah Muda yang berumur 18 hingga 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

Apakah Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternative yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.

  • Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat.

  • Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut:

Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pasalah.

Pemulihan - dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda.

Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

Dimanakah Pesalah Muda boleh menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Para pesalah muda yang diperintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

  • 47 buah institusi telah dikenalpasti. 

Apakah aktiviti yang boleh dilakukan semasa menjalani Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

More Articles ...

  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj