Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar |
|
Sebab utama adalah seperti berikut:
|
Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. |
|
Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. |
|
Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. |
|
Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. |
|
Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. |
|
Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. |