• banner1
  • sis
  • 5S WALL

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Cetak

Keluarga

1. Keganasan Rumah Tangga
  • Siasatan awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
    • Intervensi awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 1 jam kepada mangsa keganasan rumah tangga yang hadir ke pejabat.
2. Bantuan Kewangan

2.1 Bantuan Am ( BA )

  • Keputusan permohonan Bantuan Am dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

2.2 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar ( BPT )

  • Keputusan permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

2.3 Bantuan Latihan Perantis ( BLP )

  • Keputusan permohonan Bantuan Latihan Perantis dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

2.4 Bantuan Geran Pelancaran ( BGP )

  •  Keputusan permohonan Bantuan Geran Pelancaran dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

2.5 Bantuan Sekolah ( BS )

  • Keputusan permohonan Bantuan Sekolah dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
3. Perintah Khidmat Masyarakat
  • Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kertas pertuduhan diterima daripada Polis / Mahkamah.
  • Laporan Kemajuan Pesalah Muda dikemukakan kepada Mahkamah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Laporan Penilaian Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dikemukakan kepada Mahkamah / keluarga / pelatih dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tamat pelaksanaan perintah.
  • Keputusan perpindahan tempat pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
4. Pusat Jagaan
  • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengendali Pusat Jagaan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
5. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
  • bpa        hrmis        msc        mygov        ksn        myid        spr        sprm        ykbj        pdk

  • jpw        lppkn        ism        niew