Perkhidmatan Kaunseling
Apa itu kaunseling?
Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:
-
Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
-
Khidmat nasihat dan bimbingan.
Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
-
Tidak, perkhidmatan diberikan secara percuma.
Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
-
Individu, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?
-
Anda boleh datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda.
-
Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji.
-
Melalui surat menyurat.
-
Melalui E-mel
Apakah kelayakan Kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
-
Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.
Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
-
Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.
Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
-
Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
Apakah tindakan yang diambil setelah kanak-kanak menghadiri sesi kaunseling bagi kes tidak terkawal tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan?
-
Kaunselor akan mengadakan perbincangan dengan ibubapa kanak-kanak. Kaunselor akan mengadakan kaunseling bersama keluarga tersebut. Sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, kanak-kanak akan dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Akhlak untuk tindakan selanjutnya.