Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Perkhidmatan

Perkhidmatan Kanak - Kanak

Sepintas Lalu

Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.

Program dan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak.

 

Objektif

Memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.

Definisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001.

Komitmen Antarabangsa

  1. The Convention On The Rights Of The Child (CRC) 1994 - ditandatangani pada 28 Disember 1994.
  2. Bali Consensus On Partnerships With And For Children In The East Asia And Pacific Region (2005).

Akta-Akta Berkaitan Kanak-Kanak

  1. Akta Kanak-kanak 2001
  2. Kanun Acara Jenayah (Sek 173A, 293 & 294)
  3. Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  4. Akta Pengangkatan 1952
  5. Akta Keganasan Rumahtangga 1994
  6. Akta TASKA (Pindaan) 2007
  7. Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007
  8. Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

Peraturan-Peraturan Berkaitan Kanak-Kanak

  1. Akta Kanak-kanak 2001 - Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2007
  2. Akta Mahkamah Juvana 1947 - Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982
  3. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 - Kaedah-kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982
  4. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 - Peraturan-peraturan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (Prosedur & Amalan) 1995
  5. Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kebajikan Juvana (Perlindungan dan Kewajipan 1976)
  6. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti 2007

Ekonomi Bantuan

Objektif perkhidmatan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah untuk membantu individu / keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan supaya dapat mengurangkan atau meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu, ataupun sehingga suatu tempoh keadaan kewangan mereka dapat dipulihkan untuk hidup berdikari.


Tujuan umum perkhidmatan bantuan kebajikan adalah:

 

Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan

Sebagai elaun perangsang bagi menggalakkan sesuatu kumpulan sasar (contohnya Orang Kurang Upaya) supaya minat bekerja dan akan terus bekerja.

Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat khususnya orang tua, kanak-kanak dan ibu tunggal agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan berpeluang mendapat kemudahan yang biasa terdapat di sekeliling mereka.

 

Skim perkhidmatan bantuan kebajikan:

 

 

1. Bantuan Kanak-kanak

2. Bantuan Sekolah

 

3. Bantuan Latihan Aprentis

4. Geran Pelancaran

5. Bantuan Am

6. Bantuan Pemilihan Bencana

7. Bantuan Segera

Orang Kurang Upaya

Orang Kurang Upaya didefinisikan 'seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu'.Perkhidmatan yang disediakan adalah:

 

 

1. Pendaftaran dan Kad Kenal Diri

2. Bantuan alat tiruan

3. Geran pelancaran

 

4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

5. Penempatan ke dalam institusi / bengkel terlindung

6. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 

Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu OKU untuk hidup berdikari dan seterusnya menolong mereka mencapai tahap maksima dalam semua lapangan hidup, bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Pihak kerajaan telah menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU RAntau Asia dan Pasifik dan juga Konveksyen Mengenai Hak Kanak - kanak. Kerajaan juga menerima satu cadangan pihak ESCAP untuk mewujudkan satu rangka kerja tindakan yang dinamakan 'Biwako Millennnuim Framework for Action Towards an Inclusive, Barier-Free and Right-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific 2003-2012

  • 1
  • 2
  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj