Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Perkhidmatan

Kaunseling & Psikologi

Kaunseling merupakan suatu proses hubungan yang profesional antara seseorang Kaunselor dengan klien, dalam membantu membawa halatuju klien menyelesaikan permasalahannya itu sendiri.
Antara objektif perkhidmatan kaunseling ialah:-

  • Mengenal dan memahami diri sendiri, Apakah lebih dan kekurangan diri anda?
  • Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dalam persekitaran.
  • Berfikir secara rasional dan bertindak dengan berkesan dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan yang dihadapi.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan diri untuk meningkatkan konsep kendiri.
  • Merancang masa depan yang sesuai untuk matlamat hidup.
  • Belajar menghargai apa yang ada.

Perkhidmatan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kepada klien perkhidmatan luar, penghuni institusi, kakitangan dan juga komuniti yang bersedia membantu dari segi persoalan tersebut:

  • Bengkel Interaktif (Perintah Mahkamah)
  • Hal-hal peribadi / emosi
  • Keluarga
  • Displin / tidak terkawal
  • Intervensi krisis / traumatik kaunseling
  • Kerjaya
  • Ujian psikologi / inventori yang diluluskan

Kesejahteraan klien merupakan matlamat utama perkhidmatan kaunseling. Namun, apa yang perlu diingatkan dan wajar menjadi perhatian untuk semua pihak, maklumat klien adalah suatu yang sangat personal dan "kerahsiaan anda adalah terpelihara".

Taska & Pusat Jagaan

Perkhidmatan ini disediakan untuk memastikan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan beroperasi mengikut standard piawaian yang ditetapkan demi keselesaan dan kebajikan kumpulan sasarannya.
 
Perkhidmatan yang disediakan ialah:
1. Pendaftaran TASKA mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984
2. Pendaftaran Pusat Jagaan mengikut Akta Pusat Jagaan 1993
 
Pendaftaran TASKA
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia
 
2. Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
Borang II boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.
3. Kelulusan dari 3 agensi teknikal
 
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
    (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)

 
4. Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
(ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)

5. Jadual aktiviti harian
 
6. Jadual menu
 
7. Senarai aktiviti bersama ibubapa

8. Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap)
 
 
PUSAT JAGAAN
 
 
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
1. Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan / Pendaftar Pertubuhan
2. Mengisi Borang Jadual P.U (A) 248 Akta Pusat Jagaan 1993
* Borang boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan percuma.
* Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan untuk mengisi borang ini.
3. Kelulusan dari 3 agensi teknikal
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
    (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)
4. Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
(ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
 
5. Jadual aktiviti harian
 
6. Jadual menu
 
7. Senarai aktiviti bersama ibubapa
 
8. Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM10.00)
(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan bahawa permohonan telah lengkap)

Perintah Khidmat Masyarakat

Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ialah satu bahagian baru yang ditubuhkan pada 1 Februari 2007 susulan daripada Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) telah dibentuk oleh Parlimen untuk mengkaji semula dan Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato' Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kumpulan Sasar
Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan dibawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

 

Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat

 

  1. 1. Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
  2. 2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :

i-Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.

ii- Pemulihan - dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda

iii- Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalankan Perintah Khidmat Masyarakat
Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 47 buah institusi telah dikenalpasti.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat
Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

Pembangunan Komuniti

Perkhidmatan ini menumpukan untuk menggalakkan penglibatan aktif komuniti tempatan, sukarelawan, pihak swasta dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dalam pembangunan dan pemulihan kumpulan sasar Jabatan, ke arah perubahan sikap dan keupayaan untuk berdikari di bawah konsep perkongsian bijak yang selaras dengan usaha mewujudkan masyarakat penyayang.


Program yang disediakan adalah:

1.····· Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan

o··· Keputusan permohonan Bantuan Geran dimaklumkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) pada minggu ketiga (3) bulan April dan Ogos pada setiap tahun.

o··· Perjanjian Persefahaman pemberian geran di antara Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditandatangani dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas menerima Surat Setuju Terima Bantuan Geran JKM daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

o··· Bayaran Geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) menandatangani Perjanjian Persefahaman.

·

2.····· Permit Pegawai Dagang

o··· Surat sokongan dikeluarkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bagi permohonan sokongan permit Pegawai Dagang dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3.····· Pengecualian Cukai Pertubuhan Sukarela Kebajikan

o··· Ulasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi permohonan sokongan pengecualian cukai daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta disediakan dalam masa 1 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4.····· Pendaftaran Pertubuhan Sukarela Kebajikan

o··· Ulasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi permohonan sokongan pendaftaran pertubuhan daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

·

5.····· ·

6.····· Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

o··· Keputusan permohonan menjalankan program tanggungjawab sosial oleh syarikat korporat / swasta dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

·

7.····· Pembangunan Komuniti

o··· Kelulusan permohonan bantuan geran bagi melaksanakan Projek Organisasi Komuniti dimaklumkan kepada klien dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

·

8.····· Kaunseling dan Psikologi

o··· Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

o··· Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

Warga Tua & Keluarga

Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini adalah berpandukan kepada tarifan yang dibuat di "World Assembly On Aging in 1982" di Vienna. Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini adalah:

1. Bantuan Kewangan

2. Bantuan Alat Tiruan

3. Program Jagaan dan Perlindungan

4. Pusat Jagaan Harian Warga Emas

5. Rumah Orang Tua Tidak Berwaris

6. Pertubuhan Sukarela Kebajikan

7. Sambutan Hari Warga Tua Kebangsaan

8. Kemasukan ke Institusi Warga Tua

9. Keganasan Rumahtangga

 

Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, ahli-ahli keluarga terutamanya suami atau isteri dilindungi dari segala bentuk keganasan, Jabatan bertanggungjawab mengendalikan kes keganasan rumah tangga dengan memberi perkhidmatan:

1. Mengurus dan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO)

2. Perintah Pelindungan (PO) daripada mahkamah

3. Menyediakan Tempat Perlindungan

4. Memberi Khidmat Kaunseling

5. Membuat seliaan kes / rujuk ke agensi lain

 

Perkhidmatan untuk Orang Papa adalah mengikut Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Mengikut Akta, orang papa bermaksud:

(i) seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan kacauganggu.

(ii) seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada, atau tidak ia mengemis yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan munasabah.

Mengemis pula ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • 1. Program Jagaan dan Perlindungan
  • 2. Latihan Kemahiran
  • 3. Penempatan Semula dalam Masyarakat
  • 4. Khidmat Kaunseling Menjalankan Operasi
  • 1
  • 2
  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj