Perkhidmatan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.

 

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?

Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:

  • Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.

  • Khidmat nasihat dan bimbingan.

 

Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat?

  •  Tidak, perkhidmatan diberikan secara percuma.

 

Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?

  • Individu, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.

 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?

  • Anda boleh datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda.

  • Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji.

  • Melalui surat menyurat.

  • Melalui E-mel

 

Apakah kelayakan Kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat?

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.

 

Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?

  • Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.

 

Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?

  • Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

 

Apakah tindakan yang diambil setelah kanak-kanak menghadiri sesi kaunseling bagi kes tidak terkawal tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan?

  • Kaunselor akan mengadakan perbincangan dengan ibubapa kanak-kanak. Kaunselor akan mengadakan kaunseling bersama keluarga tersebut. Sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, kanak-kanak akan dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Akhlak untuk tindakan selanjutnya.  

Print