• banner1
  • sis
  • 5S WALL

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Cetak

Kaunseling & Psikologi

Kaunseling merupakan suatu proses hubungan yang profesional antara seseorang Kaunselor dengan klien, dalam membantu membawa halatuju klien menyelesaikan permasalahannya itu sendiri.
Antara objektif perkhidmatan kaunseling ialah:-

  • Mengenal dan memahami diri sendiri, Apakah lebih dan kekurangan diri anda?
  • Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dalam persekitaran.
  • Berfikir secara rasional dan bertindak dengan berkesan dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan yang dihadapi.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan diri untuk meningkatkan konsep kendiri.
  • Merancang masa depan yang sesuai untuk matlamat hidup.
  • Belajar menghargai apa yang ada.

Perkhidmatan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kepada klien perkhidmatan luar, penghuni institusi, kakitangan dan juga komuniti yang bersedia membantu dari segi persoalan tersebut:

  • Bengkel Interaktif (Perintah Mahkamah)
  • Hal-hal peribadi / emosi
  • Keluarga
  • Displin / tidak terkawal
  • Intervensi krisis / traumatik kaunseling
  • Kerjaya
  • Ujian psikologi / inventori yang diluluskan

Kesejahteraan klien merupakan matalmat utama perkhidmatan kaunseling. Namun, apa yang perlu diingatkan dan wajar menjadi perhatian untuk semua pihak, maklumat klien adalah suatu yang sangat personal dan "kerahsiaan anda adalah terpelihara".

  • bpa        hrmis        msc        mygov        ksn        myid        spr        sprm        ykbj        pdk

  • jpw        lppkn        ism        niew