Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

Mangsa Banjir

1. Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana
  • Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKMM akan dibuka dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Bencana Tahap III (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
  • Laporan status terkini kejadian Bencana Tahap III akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup.
2. Bantuan Jangka Pendek
  • Bantuan Jangka Pendek iaitu makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa di pusat pemindahan.
3. Bantuan Jangka Panjang
  • Keputusan Bantuan Jangka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima selepas berakhirnya sesuatu kejadian bencana.
4. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

Bantuan Segera Wang Tunai Kepada Mangsa
Bencana Alam (Banjir)

TAKRIFAN

i) Mangsa Banjir
Individu yang mengalami bencana banjir dan berdaftar di pusat pemindahan yang diselenggara oleh JKM.

ii) Pusat Pemindahan
Suatu tempat untuk menempatkan mangsa bencana alam (banjir) yang diselenggara oleh JKM dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

iii) Ketua Keluarga
Ketua atau individu yang berperanan sebagai ketua bagi sesebuah keluarga yang tinggal bersama dan menetap di Pulau Pinang dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada keluarga. Juga termasuk dalam takrifan ini sekiranya terdapat lebih dari satu keluarga dalam sebuah rumah.

iv) Ketua isi rumah
Ketua atau individu yang berperanan sebagai ketua bagi sebuah tempat kediaman yang bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap kebajikan ahli isi rumah.

v) Banjir Besar/luar biasa
Suatu kejadian banjir yang melibatkan pemindahan mangsa melebihi dua ribu (2000) ketua isi rumah dalam satu daerah dan melebihi dua daerah dalam satu jangka masa yang sama.

vi) Lain-lain Individu
Individu yang terlibat selain ahli keluarga seperti individu yang bujang samada tinggal di rumah dalam Negeri Pulau Pinang secara seorang diri atau lebih dari seorang.

 

KRITERIA KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia atau pemegang kad pemaustautin tetap yang lahir sebelum merdeka atau disahkanoleh Penghulu/Pengerusi JKKK.
  • Ketua keluarga atau ahli keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan yang diselenggara oleh JKM.
  • Berdaftar dengan JKM di pusat pemindahan dan berada di pusat pemindahan lebih dari 24 jam dan bermalam.
  • Mangsa yang mengalami bencana banjir berulang selepas dua minggu dari tarikh pusat pemindahan ditutup.
  • Bantuan kepada lain-lain individu selain daripada ketua keluarga akan diberikan kepada wakil setiap rumah.
  • Bagi kejadian banjir besar/luar biasa bantuan akan disalurkan hanya kepada ketua isi rumah mewakili setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

 

KADAR BANTUAN

  • Kadar bantuan adalah sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) kepada ketua keluarga/wakil ketua keluarga yang berpindah ke Pusat Pemindahan yang diselenggarakan oleh JKM.
  • Kadar bantuan bagi kejadian bencana banjir besar/luar biasa adalah sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) kepada ketua isi rumah yang berpindah ke Pusat Pemindahan yang diselenggarakan oleh JKM.
  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj