• banner1
  • sis
  • 5S WALL

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Cetak

Rumah Kanan-Kanak Taman Bakti Kepala Batas

Objektif

Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Senarai Rumah Kanak-Kanak

1. Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.

2. Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang.

3. Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.

4. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan, Serendah, Selangor.

5. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

6. Rumah Kanak-Kanak Rembau.

7. Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka.

8. Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.

9. Rumah Kanak-Kanak Kuching, Sarawak.

10. Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

 

Kategori Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang :

  • kematian ibu/bapa
  • ibu / bapa sedang menerima rawatan
  • terbiar dan ditinggalkan oleh ibu / bapa
  • ibu / bapa dalam penjara / tahanan
  • terseksa / teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
  • memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi

 

Kemasukan

Mereka semua dimasukkan ke Rumah Kanak - kanak untuk tempoh 3 tahun atau 18 tahun mana yang lebih pendek melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak - kanak 2001.


Lembaga Pelawat RKK

Ahli dan Pengerusi Lembaga Pelawat dilantik oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Peraturan - Peraturan Kanak - Kanak (Tempat Selamat) 2007

 
Terdapat 13 orang ahli Lembaga Pelawat (5 lelaki dan 8 perempuan)
 
Mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang cenderung dalam kerja - kerja kebajikan.
 

Tugas-tugas Lembaga Pelawat:
  • menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
  • mengurus sumbangan dan derma orang ramai
  • membantu memantau pentadbiran institusi demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak

Penutup

RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.

  • bpa        hrmis        msc        mygov        ksn        myid        spr        sprm        ykbj        pdk

  • jpw        lppkn        ism        niew