Bantuan Segera Wang Tunai Kepada Mangsa Bencana Alam (Banjir)
TAKRIFAN
i) Mangsa Banjir Individu yang mengalami bencana banjir dan berdaftar di pusat pemindahan yang diselenggara oleh JKM.
ii) Pusat Pemindahan Suatu tempat untuk menempatkan mangsa bencana alam (banjir) yang diselenggara oleh JKM dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
iii) Ketua Keluarga Ketua atau individu yang berperanan sebagai ketua bagi sesebuah keluarga yang tinggal bersama dan menetap di Pulau Pinang dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada keluarga. Juga termasuk dalam takrifan ini sekiranya terdapat lebih dari satu keluarga dalam sebuah rumah.
iv) Ketua isi rumah Ketua atau individu yang berperanan sebagai ketua bagi sebuah tempat kediaman yang bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap kebajikan ahli isi rumah.
v) Banjir Besar/luar biasa Suatu kejadian banjir yang melibatkan pemindahan mangsa melebihi dua ribu (2000) ketua isi rumah dalam satu daerah dan melebihi dua daerah dalam satu jangka masa yang sama.
vi) Lain-lain Individu Individu yang terlibat selain ahli keluarga seperti individu yang bujang samada tinggal di rumah dalam Negeri Pulau Pinang secara seorang diri atau lebih dari seorang.
KRITERIA KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia atau pemegang kad pemaustautin tetap yang lahir sebelum merdeka atau disahkanoleh Penghulu/Pengerusi JKKK.
- Ketua keluarga atau ahli keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan yang diselenggara oleh JKM.
- Berdaftar dengan JKM di pusat pemindahan dan berada di pusat pemindahan lebih dari 24 jam dan bermalam.
- Mangsa yang mengalami bencana banjir berulang selepas dua minggu dari tarikh pusat pemindahan ditutup.
- Bantuan kepada lain-lain individu selain daripada ketua keluarga akan diberikan kepada wakil setiap rumah.
- Bagi kejadian banjir besar/luar biasa bantuan akan disalurkan hanya kepada ketua isi rumah mewakili setiap rumah yang terlibat dengan banjir.
KADAR BANTUAN
- Kadar bantuan adalah sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) kepada ketua keluarga/wakil ketua keluarga yang berpindah ke Pusat Pemindahan yang diselenggarakan oleh JKM.
- Kadar bantuan bagi kejadian bencana banjir besar/luar biasa adalah sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS SAHAJA) kepada ketua isi rumah yang berpindah ke Pusat Pemindahan yang diselenggarakan oleh JKM.
|