Operasi Menyelamat Pengemis dan Kuturayau
Operasi telah diadakan pada 19 mac 2013 di sekitar KOMTAR, Lebuh Chulia, Masjid Kapitan dan Persiaran Gurney.
Operasi ini melibatkan 15 pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan 6 orang Anggot Rela.
Dalam operasi ini JKM telah berjaya menyelamat seramai 10 orang pengemis dan kuturayau dimana 7 lelaki dan 3 wanita
manakala seorang daripada lelaki tersebut memegang Kad UNHCR. Daripada operasi tersebut 7 orang telah dibawa ke
Rumah Seri Kenangan Bidong manakala 2 lagi dikembalikan kepada keluarga dan seorang pemegang Kad UNHCR diserahkan
kepada pihak Imigresen.