Perkhidmatan Bantuan Kewangan
Apakah bantuan-bantuan kewangan yang disediakan kepada |
JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan.
Skim Bantuan Am Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.
Skim Bantuan Persekutuan – seragam di seluruh negara. Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Penyaraan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantua Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan dan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Di bawah Skim Bantuan Am Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) juga terdapat bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.