• banner1
  • sis
  • 5S WALL

"YOUR VIRTUE OUR COMMITMENT"

We promise to provide quality services in a friendly and integrity based on the main thrust of the protection, rehabilitation, prevention, development and integration of the target group as follows.

Print

Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada kumpulan sasar jabatan seperti berikut:

1. Pengurusan Sosio Ekonomi dan Bantuan
    Kelulusan permohonan bantuan bulanan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima

    Bantuan Awal Bencana akan disalurkan sewaktu lawatan pertama dibuat

2. Penjagaan, Perlindungan dan Pemulihan Kanak-Kanak
    Siasatan awal kes kanak-kanak dibuat dengan segera dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima

3. Pembangunan dan Pendayaupayaan Kumpulan Sasar Yang Produktif
    Kelulusan permohonan Geran Pelancaran dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima

4. Penjagaan dan Perlindungan Kepada Warga Emas
    Kelulusan Permohonan Kemasukan ke Institusi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima

    Siasatan awal kes Keganasan Rumah Tangga dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima

5. Pemulihan dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU)
    Pemprosesan kad OKU dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima

6. Pembangunan Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
    Kelulusan Geran Negeri dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

7. Pemulihan Pesalah Muda
    Laporan Sosial disediakan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kertas pertuduhan diterima daripada Polis/Mahkamah

  • bpa        hrmis        msc        mygov        ksn        myid        spr        sprm        ykbj        pdk

  • jpw        lppkn        ism        niew