Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

Orang Kurang Upaya

Orang Kurang Upaya didefinisikan 'seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu'.Perkhidmatan yang disediakan adalah:

 

 

1. Pendaftaran dan Kad Kenal Diri

2. Bantuan alat tiruan

3. Geran pelancaran

 

4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

5. Penempatan ke dalam institusi / bengkel terlindung

6. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 

Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu OKU untuk hidup berdikari dan seterusnya menolong mereka mencapai tahap maksima dalam semua lapangan hidup, bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Pihak kerajaan telah menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU RAntau Asia dan Pasifik dan juga Konveksyen Mengenai Hak Kanak - kanak. Kerajaan juga menerima satu cadangan pihak ESCAP untuk mewujudkan satu rangka kerja tindakan yang dinamakan 'Biwako Millennnuim Framework for Action Towards an Inclusive, Barier-Free and Right-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific 2003-2012

  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj