• banner1
  • sis
  • 5S WALL

"YOUR VIRTUE OUR COMMITMENT"

We promise to provide quality services in a friendly and integrity based on the main thrust of the protection, rehabilitation, prevention, development and integration of the target group as follows.

Articles

Print

Kanak-Kanak

1. Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
  • Siasatan awal kanak – kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
    • Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
2. Kanak-Kanak Yang Memerlukan Perlindungan Dan Pemulihan
  • Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk.
  • Laporan Inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
3. Kanak-Kanak Yang Tidak Terkawal
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
4. Kanak-Kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
  • Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
7. Permohonan Anak Pelihara
  • Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
8. Bantuan Kewangan

8.1 Bantuan Kanak – Kanak ( BKK )

  • Keputusan permohonan Bantuan Kanak– Kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

8.2 Bantuan Anak Pelihara ( BAP )

  • Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
9. Taman Asuhan Kanak – Kanak ( TASKA )
  • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak – Kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak – Kanak ( KAAK ) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
  • Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
10. Bengkel Interektif
  • Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.
  • bpa        hrmis        msc        mygov        ksn        myid        spr        sprm        ykbj        pdk

  • jpw        lppkn        ism        niew