Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar seperti berikut.

Kanak - KanakOrang Kurang UpayaKeluargaWarga TuaOrang PapaSukarelawanBencana

Pengumuman

Penutupan Kaunter Perkhidmatan Daerah. Borang Permonan boleh
dimasukkan kedalam kotak disediakan.

Penutupan Sementara Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas
bagi pembangunan semula RKKTB

Permohonan OKU (oku.jkm.gov.my)

  • Mengenai kami

Orang Kurang Upaya

1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya
  • Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
2. Kemasukan Ke Institusi
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
3.

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan

  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
4 Bantuan Kewangan

4.1 Elaun Pekerja Cacat ( EPC

  • Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4.2 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja ( BTB )

  •  
5. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

Kanak-Kanak

1. Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
  • Siasatan awal kanak – kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
    • Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
2. Kanak-Kanak Yang Memerlukan Perlindungan Dan Pemulihan
  • Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk.
  • Laporan Inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
3. Kanak-Kanak Yang Tidak Terkawal
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
4. Kanak-Kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
  • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
  • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
  • Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
7. Permohonan Anak Pelihara
  • Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
8. Bantuan Kewangan

8.1 Bantuan Kanak – Kanak ( BKK )

  • Keputusan permohonan Bantuan Kanak– Kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

8.2 Bantuan Anak Pelihara ( BAP )

  • Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
9. Taman Asuhan Kanak – Kanak ( TASKA )
  • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak – Kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak – Kanak ( KAAK ) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
  • Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
10. Bengkel Interektif
  • Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.

Asrama Paya Terubong

Asrama Akhlak adalah institusi yang ditubuhkan dibawah Seksyen 61(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menempatkan kes-kes reman dan pemulihan bagi:-

  • Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
  • Kanak-kanak yang tidak terkawal

Objektif
Untuk memberi pemulihan dan jagaan kepada kanak-kanak yang direman, dalam pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti dan mereka yang dalam perintah Cubaan Akhlak.


Kemasukan
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dibawah Akta Kanak-Kanak 2001


Tempoh Pemulihan

  • Kanak-kanak Reman : sehingga mahkamah mengeluarkan perintah
  • Kanak-kanak dalam pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti: tidak melebihi dua minggu
  • Kes Cubaan Akhlak: tidak kurang setahun dan tidak melebihi tiga tahun

Sekolah Tunas Bakti Teluk Ayer Tawar

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan dibawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi:

  1. Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
  2. Kanak-kanak yang tidak terkawal

 

Objektif

Untuk mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan diri dengan keterampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.

 

Kemasukan

Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dibawah Akta Kanak-Kanak 2001

 

Tempoh Pemulihan

Selama tiga tahun, tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh setelah melebihi setahun dengan kelulusan daripada Lembaga Pelawat.

Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas

Objektif

Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Senarai Rumah Kanak-Kanak

1. Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.

2. Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang.

3. Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.

4. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan, Serendah, Selangor.

5. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

6. Rumah Kanak-Kanak Rembau.

7. Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka.

8. Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.

9. Rumah Kanak-Kanak Kuching, Sarawak.

10. Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

 

Kategori Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang :

  • kematian ibu/bapa
  • ibu / bapa sedang menerima rawatan
  • terbiar dan ditinggalkan oleh ibu / bapa
  • ibu / bapa dalam penjara / tahanan
  • terseksa / teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
  • memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi

Kemasukan

Mereka semua dimasukkan ke Rumah Kanak - kanak untuk tempoh 3 tahun atau 18 tahun mana yang lebih pendek melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak - kanak 2001.


Lembaga Pelawat RKK

Ahli dan Pengerusi Lembaga Pelawat dilantik oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Peraturan - Peraturan Kanak - Kanak (Tempat Selamat) 2007

Terdapat 13 orang ahli Lembaga Pelawat (5 lelaki dan 8 perempuan)
Mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang cenderung dalam kerja - kerja kebajikan.

Tugas-tugas Lembaga Pelawat:
  • menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
  • mengurus sumbangan dan derma orang ramai
  • membantu memantau pentadbiran institusi demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak

Penutup

RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.

  • bpa
  • hrmis
  • ism
  • jkm
  • jpw
  • ksn
  • lppkn
  • mygov
  • smoku
  • spr
  • sprm
  • ykbj